Ads.1

Monday, February 18, 2013

GEJALA LBGT DI SEKOLAH SEKOLAH



KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN GARIS PANDUAN LGBT

19 September 2012



Admin - Nampaknya gejala LBGT mula menular di Sekolah2 dewasa ini. Ibubapa kena pastikan anak
            anak berkeadaan normal dan tidak dalam situasi yang abnormal agar anak anak dapat belajar
            dengan tekun dan tidak dirundung keadaan yang boleh menggangu kehidupan seharian sebagai
            pelajar Dulu pada zaman 70an dan 80an, masalah ini tidak timbul langsung kepada pelajar dan
            remaja di bawah umur 18 tahun. Tetapi mengapa gejala ini mula menular pada akhir tahun 90an
            dan seterusnya sehingga kini telah menjadi masalah yang telah menjadi barah kepada kehidupan
             sosial masyarakat remaja yang boleh mencorakkan kehidupannya seterusnya meruntuhkan
             sesuatu tamadun sesuatu bangsa tersebut. Renung renungkanlah. .    

1Masjid/bmt

1LIMO: The KFC Saga.

1LIMO: The KFC Saga.: The Four-in-Triple finger lickin’ good MD of Triple Platform S/B, about to have the ‘Finger lickin’ good’ experience It is final. ...

1Malay: INGAT BINATANG KE KAU NAK CAMPAK SESUKA HATI KAU !...

1Malay: INGAT BINATANG KE KAU NAK CAMPAK SESUKA HATI KAU !...: CAMPAK ANAK MAJIKAN !! PEMBANTU RUMAH BANGSA INDONESIAL PERANGAI SEPERTI SETAN !!! Menyirap darah aku bila tengok pembantu rumah...

Daeng Selili Politik Perak: Hadi Keluar PAS Atau PAS Keluar PR?!

Daeng Selili Politik Perak: Hadi Keluar PAS Atau PAS Keluar PR?!: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP mer...

Saturday, February 16, 2013

ANAKNILAI: ANWAR IBRAHIM PERTIKAI TINDAKAN KERAJAAN MALAYSIA...

ANAKNILAI: ANWAR IBRAHIM PERTIKAI TINDAKAN KERAJAAN MALAYSIA...: Senator Australia ditahan di LCCT, rekod mudarat kesejahteraan Malaysia SENATOR NICK XENOPHON. - THE SYDNEY MORNING HERALD  www.smh...

Info 4 The Truth: PANAS !!! ANWAR PUNCA HARON DIN TINGGALKAN PAS !!!...

Info 4 The Truth: PANAS !!! ANWAR PUNCA HARON DIN TINGGALKAN PAS !!!...: Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari PAS. Beliau dikatakan meninggalkan PAS kerana tak berpuas ...

Sunday, February 10, 2013

Sunday, January 27, 2013

1MOSQUE: NAJIB DAN ANWAAAR - Antara Langit dan Bumi

1MOSQUE: NAJIB DAN ANWAAAR - Antara Langit dan Bumi: Nurul Izzah Mengamok Sakan...!  Report Card Prestasi Najib Tewaskan Anwar.... POSTED BY  MEDAN INFO KITA   AT  8:30 AM   ...

Saturday, January 26, 2013

Kesinambungan Lawatan YAB Dato' Sri Mohd Najib dab Delegasi Malaysia ke Bumi Gaza.


Antara Keberanian PM Ke Gaza Dan Retorik Mati Syahid Pas



Tika ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato’ Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.
Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato’ Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.
Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.
Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.
Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.
Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato’ Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.
Lagipun keprihatinan Dato’ Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang.
Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.
Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.
PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.
Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.




Sumber : UMNO Online

1Masjid/bmt
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...