Ads.1

Tuesday, June 16, 2009

Sebahagian Permandangan Masjid di Malaysia

Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Trengganu, Trengganu.







* Perhatian : Pihak kami hanyalah berusaha untuk untuk mengumpul maklumat terkini Masjid, Surau dan Madrasah di Malaysia. Pihak kami mengalu alukan kerjasama dan pandangan serta sumbangan daripada saudara saudara Islam mahupun di tanahair ini, Malaysia dan dari seluruh dunia. Terima Kasih. bmt65@1masjid. Wassalam.

Sebahagian Permandangan Masjid di Malaysia





Sebahagian Permandangan Masjid di Malaysia





Sebahagian Permandangan Masjid di Malaysia





Sebahagian Permandangan Masjid di Malaysia





Sebahagian Permandangan Masjid di Malaysia





Sunday, June 14, 2009

Senarai Masjid Negeri Perak






A
Masjid Ahmadiah, Kampung Kepayang
Masjid Ahmadiah, Parit Mat Ali
Masjid Air Panas, Gerik
Masjid Air Terjun
Masjid Al Nuriah
Masjid Al-A'la
Masjid Al-Abrar
Masjid Al-Adly, Pekan Lumut
Masjid Al-Ahmadiah, Kampung Changkat Larang
Masjid Al-Ahmadiah, Kampung Kenayat
Masjid Al-Aliah
Masjid Al-Amaniah Taibah
Masjid Al-Amaniah, Kampung Chepor Dalam
Masjid Al-Amin, Kampung Selinsing
Masjid Al-Amin, Kampung Tawai
Masjid Al-Amin, Sungai Burung
Masjid Al-Ansar
Masjid Al-Ansari
Masjid Al-Athar
Masjid Al-Aula
Masjid Al-Aulia
Masjid Al-Aziziah
Masjid Al-Ehsaniah, Parit 3
Masjid Al-Ehsaniah, Bagan Baru Ijok
Masjid Al-Falah, Batu 16
Masjid Al-Falah, Permatang Raja
Masjid Al-Falah, Taman Sri Kota
Masjid Al-Furqan
Masjid Al-Ghufraniah
Masjid Al-Hidayah, Jalan Mudzafar Shah
Masjid Al-Hidayah, Kampung Batu 3
Masjid Al-Hidayah, Parit Tanjung Piandang
Masjid Al-Huda, Kampung Pelang
Masjid Al-Huda, Kampung Sungai Tapah
Masjid Al-Huda, Kuala Sungai Rambutan
Masjid Al-Huda, Sungai Kota
Masjid Al-Huda, Tebuk Matau
Masjid Al-Husainiah
Masjid Al-Idrisiah
Masjid Al-Ismailiah
Masjid Al-Ittiahadiah
Masjid Al-Kahfi
Masjid Al-Khairiah, Kg. Kepayang, Ipoh
Masjid Al-Khairiah, Batu 10 Lekir
Masjid Al-Khairiah, Kampung 40 Rantai
Masjid Al-Khairiah, Kampung Sitiawan
Masjid Al-Khairiah, Kampung Sungai Batu
Masjid Al-Khairiah, Pengkalan Stesyen Lahat
Masjid Al-Khairiah, Rantau Panjang
Masjid Al-Khairiah, Sungai Pinang Kecil
Masjid Al-Khususiah
Masjid Al-Kurawi
Masjid Al-Mahmudiah
Masjid Al-Makmur
Masjid Al-Makmuriah
Masjid Al-Mohsiniah
Masjid Al-Mubarak
Masjid Al-Muhajirin
Masjid Al-Mustaffa
Masjid Al-Muttaqin
Masjid Al-Nabawiah
Masjid Al-Naim
Masjid Al-Rahmaniah, Batu 8
Masjid Al-Rahmaniah, Kampung Matang Gelugor
Masjid Al-Rahmaniah, Lekir
Masjid Al-Rahmaniah, Pengkalan Baru
Masjid Al-Rahmaniah, Trong
Masjid Al-Ridzwan
Masjid Al-Shafiq
Masjid Al-Wataniah
Masjid An-Najihah
Masjid An-Nasriyah
Masjid An-Nur, Batu 14
Masjid An-Nur, Pengkalan TLDM
Masjid Annur
Masjid Aqsa
Masjid Ar-Rahman, Redang Panjang Ijok
Masjid Ar-Rahman, Sungai Dendang
Masjid Ar-Rahmaniah, Bukit Putus
Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Batu Melintang
Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3
Masjid Ar-Rahmaniah, Lembah Keluang
Masjid Ar-Rahmaniah, Matang Jelutong
Masjid Ar-Rahmaniah, Tebok Jawa
Masjid Ar-Ridzuan
Masjid Ar-Ridzuaniah, Kampung Perak
Masjid Ar-Ridzuaniah, Kampung Selamat
Masjid Ar-Rusydiah, Kampung Jelutong
Masjid Ar-Rusydiah, Pekan Selama
Masjid Arfiah
Masjid As-Saadah, Kampung Dato' Ahmad Said
Masjid As-Saadah, Pekan Beruas
Masjid As-Samaniah
Masjid As-Syakirin
Masjid As-Syarif
Masjid As-Syarifah
Masjid As-Syuhudiah
Masjid As-Syukriah, Felda Ijok
Masjid As-Syukriah, Ulu Mengkuang
Masjid Assalamuddin
Masjid Asy-Syakirin
Masjid At-Taqwa, Sungai Megat Aris
Masjid At-Taqwa, Sungai Siputeh
Masjid At-Taufiqiah
Masjid At-Taufiqiah Khairiah
Masjid Attaqwa
Masjid Az-Zakiah

B

Masjid Batu
Masjid Batu 20
Masjid Batu 26
Masjid Behrang Hulu
Masjid Bukit Merah

D

Masjid Daerah Kerian
Masjid Daerah Taiping
Masjid Darul Falah
Masjid Darul Naim

E

Masjid Ehsaniah

F

Masjid Felda Lawin Selatan
Masjid Felda Lawin Utara
Masjid Felda Pepulut Lawin
Masjid Felda Sungai Behrang

G

Masjid Al-Ghufran, Felda Lepang Nenering
Masjid Ghufran, Kampung Manjoi

H

Masjid Hanafi
Masjid Hasaniah
Masjid Hijau
Masjid Hussania

I

Masjid Ibnu Salam
Madrasah Idrisiah
Masjid Idrisiah
Masjid Ihsaniah
Masjid Ikhwaniah
Masjid Ikramiah
Masjid India Muslim, Jalan Senivasagam
Masjid India Muslim, Taiping
Masjid Iskandari
Masjid Iskandariah
Masjid Islahiah Ulu Sepetang

J

Masjid Jamek Ad-Diniah
Masjid Jamek Air Kuning
Masjid Jamek Air Putih
Masjid Jamek Al-Amin
Masjid Jamek Ar-Rahmaniah
Masjid Jamek Bagan Serai
Masjid Jamek Banir
Masjid Jamek Bidor
Masjid Jamek Bukit Gantang
Masjid Jamek Changkat Jering
Masjid Jamek Changkat Lobak
Masjid Jamek Chemor
Masjid Jamek Felda Sungai Kelah
Masjid Jamek Felda Trolak Selatan
Masjid Jamek Felda Trolak Timur
Masjid Jamek Felda Trolak Utara
Masjid Jamek Gerik
Masjid Jamek Jalan Menderang
Masjid Jamek Kampung Anak Kurau
Masjid Jamek Kampung Bikam
Masjid Jamek Kampung Kedah
Masjid Jamek Kampung Kinjang
Masjid Jamek Kampung Poh
Masjid Jamek Kampung Sendok
Masjid Jamek Kampung Sungai Tinggi
Masjid Jamek Kedai 2
Masjid Jamek Kemunting
Masjid Jamek Matang Gerdu
Masjid Jamek Parit Tok Ngah
Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau
Masjid Jamek Sungai Bogak
Masjid Jamek Sungai Dungun
Masjid Jamek Sungai Lesung
Masjid Jamek Sungkai
Masjid Jamek Tanjung Malim
Masjid Jamek Tanjung Piandang
Masjid Jamek Tanjung Rambutan
Masjid Jamek Tapah
Masjid Jamek Tapah Road
Masjid Jamek Tebuk Haji Musa
Masjid Jamek Temoh Stesyen
Masjid Jamek Titi Serong
Masjid Jamil Al-Kholidi
Masjid Jeram Mengkuang

K

Masjid Kamaliah
Masjid Kampung Air Hitam Labu
Masjid Kampung Air Kuning
Masjid Kampung Air Mati
Masjid Kampung Air Panas
Masjid Kampung Alai
Masjid Kampung Alang
Masjid Kampung Balun
Masjid Kampung Batu
Masjid Kampung Batu 14
Masjid Kampung Batu 8
Masjid Kampung Batu Masjid
Masjid Kampung Belum Baru
Masjid Kampung Bendariang
Masjid Kampung Bersia Lama
Masjid Kampung Bukit Bertam
Masjid Kampung Changkat Ibol
Masjid Kampung Changkat Pera

K

Masjid Kampung Cheh
Masjid Kampung Dew
Masjid Kampung Ganda
Masjid Kampung Gudang
Masjid Kampung Kelawar
Masjid Kampung Kepayang
Masjid Kampung Kerunai
Masjid Kampung Kuala Slim
Masjid Kampung Lawin
Masjid Kampung Melayu
Masjid Kampung Pahit
Masjid Kampung Pasir Putih
Masjid Kampung Pasir, Slim Village
Masjid Kampung Perah
Masjid Kampung Rahmat
Masjid Kampung Relang
Masjid Kampung Repoh
Masjid Kampung Sama Gagah
Masjid Kampung Sawa
Masjid Kampung Sempeneh Cempaka
Masjid Kampung Sungai Dara
Masjid Kampung Taufiqiyah
Masjid Kampung Tua
Masjid Kampung Ulu Chemor
Masjid Kampung Ulu Kuang
Masjid Khairiah Batu 14 Lekir
Masjid Khairiah Matang Tengku Menteri
Masjid Khairul Huda
Masjid Khairul Jariah Segari
Masjid Klian Intan
Masjid Al-Bakri
Masjid Kubu Gajah

M

Masjid Mahyuddin
Masjid Maimun
Masjid Ubudiah, Perak
Masjid Matang Pasir
Masjid Matang Road
Masjid Menglembu
Masjid Muhammadiah

N

Masjid Nawawiah
Masjid Nurul Hidayah, Masjid Daerah Manjung
Masjid Nurul Huda
Masjid Nurul Islam

P

Masjid Padang Lalang, Perak
Masjid Paloh
Masjid Panglima Kinta
Masjid Parit Ayer Hitam
Masjid Parit Haji Taib
Masjid Parit Haji Wahab
Masjid Parit Jawa
Masjid Parit Tok Hin
Masjid Parit Tok Ngah Darat
Masjid Pengkalan Aur
Senarai Masjid di Perak
Masjid Pondok Tanjung
Masjid Poro'yiah

R

Masjid Rahmaniah
Masjid Raja Muda Musa
Masjid Raja Muda Musa 11
Masjid Raja Nazrin Shah
Masjid Ridzuaniah, Kampung Bongor

S

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Masjid Pasukan Gerakan Am
Masjid Saidina Othman Ibn Affan
Masjid Saidina Umar Ibnu Khattab
Masjid Shuhada
Masjid Simpang 5
Masjid Slim Village
Masjid Solehiah
Masjid Sultan Alang Iskandar Shah
Masjid Sultan Azlan Shah
Masjid Sultan Idris II, Slim River
Masjid Sultan Idris Shah II, Kampung Teluk Muroh
Masjid Sultan Idris Shah I
Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh
Masjid Sultan Iskandar Shah 1
Masjid Sultan Yusuf
Masjid Sungai Jernih, Kampung Sungai Jernih
Masjid Sungai Kluang
Masjid Sungai Labu Atas
Masjid Sungai Perotan
Masjid Sungai Setar

T

Masjid Tajul Qamai
Masjid Taman Keledang Jaya
Masjid Taufiqiah, Kuala Gula
Masjid Taufiqiah, Kuala Sepetang
Masjid Tayibbin
Masjid Tebok Panchor
Masjid Tebuk Haji Dollah
Masjid Telekom
Masjid Telok Raja
Masjid Toh Paduka
Masjid Tuan Haji Yunus



SENARAI SURAU DAN MADRASAH DI PERAK


Madrasah / Surau di Bota


1. Madrasah As-Solah , Kampung Parit 13 , Titi Gantung Bota , Perak
2. Madrasah Haji Mat Bidin , Kampung Durian Kudung 32600 Bota , Perak
3. Madrasah Hasaniah , Kampung Tanjung Aur 32600 Bota , Perak
4. Madrasah Husiniah , Kampung Pekan , Bota Kiri 32600 Bota]] , Perak
5. Madrasah Ibtidaiyah , [[Batu 10 ¼ Kampung Pulau Padang 32600 Bota , Perak
6. Madrasah Ikhlasiah , Kampung Baru 32600 Bota , Perak
7. Madrasah Jamaliah , Kampung Batu 14 ½ , Kampung Seri Kaya 32600 Bota , Perak
8. Madrasah Muhammadiah , Batu 14 Kampung Ekor 32600 Bota , Perak
9. Madrasah Rahmaniah , Kampung Aji Ulu , 32600 Bota , Perak
10. Madrasah Taufikiah , Kampung Pulau Pisang 32600 Bota , Perak
11. Surau al Nazuah , Kampung Parit 8 , Titi Gantung 32600 Bota , Perak
12. Surau Al-Abrar , Taman Indera Batu 30 , Jalan Air Tawar , [[32600 Bota , Perak
13. Surau Al-Fatihah , Batu 26 ½ Jalan Tronoh 32600 Bota , Perak
14. Surau Al-Hidayah , Kampung Kubang Candung 32600 Bota , Perak
15. Surau Al-Sulaimaniah , Felcra Nasaruddin (Belia) 32600 Bota , [[Perak
16. Surau Aminariah , Kampung Tanjung Aur 32600 Bota , Perak
17. Surau Aminariah , Kampung Teluk Kepayang 32600 Bota , Perak
18. Surau Ar Rahmaniah , Batu 14 Kampung Padang Marhum 32600 Bota , Perak
19. Surau Ar-Rahmaniah , Kampung Changkat Sodang , RPA Seri Iskandar 32600 Bota , Perak
20. Surau Asliah , Kampung Aji , Bota Kiri 32600 Bota , Perak
21. Surau Azlan , Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Azlan Shah , Seri Iskandar 32600 Bota , Perak
22. Surau Baru Kampung Tersusun , Kampung Tersusun Gelung Peputu 32600 Bota , Perak
23. Surau Changkat , Kampung Padang Changkat Ulu , 32600 Bota , Perak
24. Surau Ehsaniah , Kampung Pendiat Ulu 32800 Bota , Perak
25. Surau Ehsaniah , Kampung Pendiat Ulu 32800 Bota , Perak
26. Surau Ikhlasiah , Jalan Loji Air Kampung Telok Kepayang 32600 Bota , Perak
27. Surau Kampung Batu 30 , Titi Gantong 32600 Bota , Perak
28. Surau Kompleks Pertanian , Kompleks Pertanian Titi Gantong Bota , Perak
29. Surau Kubang Ikan , Kampung Kubang Ikan Batu 30,32600 Bota , [[Perak
30. Surau Lamiah , Sungai Parit 11 , Titi Gantung 32600 Bota , Perak
31. Surau Muhammadiah , Batu 16 Kampung Telok Kepayang 32699 Bota , Perak
32. Surau Mustarakiah , Batu 15 ½ Kampung Teluk Kepayang , Bota , Perak
33. Surau Nurul Hidayah , Kampung Parit 14 , Titi Gantung 32600 Bota , Perak
34. Surau Othmaniah , Sungai Parit 9 , Titi Gantung 32600 Bota , Perak
35. Surau Radiatul Ulum , Taman Indera Barat , Batu 30 , Jalan Air Tawar , 32600 Bota , Perak
36. Surau Rancangan Bukit Baru , Gugusan Felcra Gelung Pepuyu , Peringkat Pertama,32600 Bota , Perak
37. Surau Sapawiyah , Kampung Teluk Sedengkil Padang Changkat , 32600 Bota , Perak
38. Surau Sulaimaniah , Kampung Pendiat 32800 Bota , Perak
39. Surau Taman Seri Semangat , Taman Seri Semangat , iti Gantung 32600 Bota , Perak
40. Surau Taufiqiah , Jalan Tronoh Kampung Pancur 32600 Bota , Perak
41. Surau Zahariah , Kampung Tanjung Gelugur 32600 Bota , Perak




Madrasah / Surau di Lambor

1. Madrasah Al-Hamiah , Kampung Durian Sebatang , Lambor Kanan , Perak
2. Madrasah An-Noroniah , Kampung batu 16 ½ Lambor Kanan 32910 Lambor Perak
3. Madrasah Ridzuaniah ,Kampung Lengkong,Batu 16 ½ Lambor Kanan 32910 Lambor Perak
4. Madrasah Taufikiah , Batu 16 ¼ Kampung Lambor Kanan 32910 Lambor , Perak
5. Surau Al-Falahiah , Kampung Talang , Lambor Kanan 32910 Lambor , Perak
6. Surau Al-Fadzilah , Kampung Lambor Kanan 32910 Lambor Kanan , Perak
7. Surau Al-Falahiah ,Batu 17 Lambor Kanan 32900 Lambor , Perak
8. Surau Al-Haniah , Kampung Tanjung Batu 16 Lambor Kanan 32910 Lambor Kanan , Perak
9. Surau Al-Mutahiah , Batu 18 Kampung Pasir Sena , Lambor Kanan 32910 Lambor , Perak
10. Surau Hamsiah , Kampung Tok Sena Lambor Kiri , Perak
11. Surau Kamaliah , Kampung Lambor Kanan 32910 Lambor Kanan , Perak
12. Surau Makbuliah , Kampung Padang Marhum , Telok Bakong , Lambor Kanan 32900 Perak
13. Surau Muhammadiah , Batu 17 ½ Kampung Telok Bedayung , Lambor Kanan , Perak
14. Surau Wasaliah , Kampung Talang , Lambor Kanan 32910 Lambor , Perak



Madrasah / Surau di Parit


1. Madrasah Ahmadiah , Batu 7 Jalan Siputeh 32800 Parit , Perak
2. Madrasah Akhlasiah , Kampung Telok Sena Lambor Kiri 32800, Parit , Perak
3. Madrasah Aliyah , Kampung Senin , Layang-Layang Kanan 32800 Parit , Perak
4. Madrasah Al-Yunusiah , Kampung Alor Kechor , Layang-Layang Kanan , 32800 Parit , Perak
5. Madrasah As-Saadah , Kampung Ekor Lambat 32800 Parit , Perak
6. Madrasah Ijtimaiyah , Kampung Tengah 32800 Parit , Perak .
7. Madrasah Islamiah , Kampung Tanjung Dedalu 32800 Parit , Perak
8. Madrasah Merah , Jalan Siputeh, 32800 Parit , Perak
9. Madrasah Shahabuddiniah , Kampung Kepala Pulau 32800 Parit , Perak
10. Madrasah Taibatul Islamiah , Kampung Sadang 32800 Parit , Perak
11. Surau Al-Khairiah , Kampung Tepus 32800 Parit , Perak
12. Surau Ahmadiah , Kampung Seleboh Hilir , 32800 Parit , Perak
13. Surau Al- Mazidiah , Kampung Kota Pagar , Layang-Layang Kanan , 32800 Parit , Perak
14. Surau Al-Ehsaniah , Kampung Merua 32800 Parit , Perak
15. Surau Al-Hamidiah , Buluh Kuning Batu 27 Kampung Buluh Akar , Simpang 3, 32900 Parit , Perak
16. Surau Al-Ikhlasiah , Kampung Tepus Ulu 32800 Parit , Perak
17. Surau Al-Muhibbah , Kampung Bendang Baru Parit 4 Padang Kangar 32800 Parit , Perak
18. Surau Al-Qoriah , Kampung Bakong , Lambor Kiri 32800 Parit , Perak
19. Surau Al-Saniah , Kampung Tanjung Dedalu 32800 Parit , Perak
20. Surau Ar-Rahmaniah , Batu 7 Taman Seri Sayang , Jalan Siputeh , 32800 Parit , Perak
21. Surau As-Saadah , Kampung Tua 32800 Parit , Perak
22. Surau Asy-Shykuriah , Kampung Kubang Candung 32600 Parit , Perak
23. Surau Bendang Jawat , Kampung Bukit Chupak 32800 Parit , Perak
24. Surau Changkat Seleboh , 32800 Parit , Perak
25. Surau Ehsaniah , Kampung Dusun Hilir , Layang Layang Kiri 32800 Parit , Perak
26. Surau Eslahiah , Kampung Kubang Aji Tanjung Dedalu 32800 Parit , Perak
27. Surau Idrusiah , Kampung Seleboh 32800 Parit , Perak
28. Surau Ihsaniah , Kampung Bidara Bukit Chupak 32800 Parit , Perak
29. Surau Ijtikiah , Kampung Kota Pagar , Layang-Layang Kanan 32800 Parit , Perak
30. Surau Ismailiah , Kampung Tua 32800 Parit , Perak
31. Surau Itfakiah , Kampung Tanjung Medan , Kampung Tanjung Medan 32800 Parit , Perak
32. Surau Kampung Baru , Kampung Baru 32800 Parit , Perak
33. Surau Kampung Talang Batin , Kampung Talang Batin 32800 Parit , Perak
34. Surau Lama , Kampung Raja 32800 Parit , Perak
35. Surau Lobaniah , Kampung Baru Lambor Kiri 32800 Parit , Perak
36. Surau Madrasah Husnul Khatimah , Kampung Paloh , Layang-Layang Kiri Parit , Perak
37. Surau Nurul Jannah , Kampung Parit 6 , Layang-Layang Kiri 32800 Parit , Perak
38. Surau Parit jaya , Taman Parit Jaya , Taman Parit Jaya 32800 Parit , Perak
39. Surau Sanadiah , Kampung Lambor Kiri 32900 Parit , Perak
40. Surau Sekolah Menengah Layang-Layang Kiri , Sek. Men. Keb. Layang-Layang Kiri 32800 Parit , Perak
41. Surau Sulaimaniah , Kampung Tanjung Dedalu 32800 Parit , Perak
42. Surau Tahzib Al-Nazuah , Kampung Parit 8 Layang-Layang Kiri 32800 Parit , Perak
43. Surau Talang , Kampung Talang , Jalan Beruas 32800 Parit , Perak





1. Masjid Ubudiah, Perak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Masjid Ubudiah, Perak
Negeri Perak
Daerah Kuala Kangsar

Alamat
Masjid Ubudiah,
Bukit Chandan, Kuala Kangsar,
Perak



Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Isi kandungan
1 Sejarah
2 Arkitek
3 Reka bentuk
4 Masjid Diraja

Sejarah

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.

Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.

Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.

Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.

Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.


Arkitek

Arkitek yang ditugaskan mereka bentuk masjid ini ialah Encik Hubbeck, yang menggunakan seni reka Moor dan Encik Caulfield, jurutera Negeri Perak, telah ditugas melaksanakan bangunan masjid ini. Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadi Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi sehingga ia mendapat tempat dalam peta pelancongan Malaysia.

Reka bentuk

Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Pelannya telah disediakan oleh Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu, Arthur Benison Hubback dibawah penyeliaan W. S. Huxley. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.

Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.


Masjid Diraja

Sebelum Masjid Sultan ldris Shah II di Ipoh dibina dan dijadikan Masjid Negeri pada 15 November 1968, maka Masjid Ubudiah adalah Masjid Negeri Perak. Masjid Ubudiah sekarang dikenali sebagai Masjid Diraja dan ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Tadbir Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Paduka Seri Sultan biasanya penyandang jawatan Orang Kaya Temenggong Paduka Raja mahtlpun jawatan Orang Kaya-kaya Setia Bijaya Diraja dan jawatan Setiausaha diuruskan oleh seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Darul Ridzuan).

MASJID DI PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA








Masjid Putra

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Masjid Putra merupakan masjid utama di Putrajaya, Malaysia. Masjid yang dibangun tahun 1997-1999 ini bersebelahan dengan Perdana Putra, Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Tasik Putrajaya.Antara masjid yang terindah di Malaysia.Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya.

MASJID NEGERI YANG TERAWAL DI MALAYSIA




Masjid Zahir

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Masjid Zahir

Negeri Kedah
Daerah Kota Setar

Alamat
Masjid Zahir
05000 Alor Setar, Kedah.


Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.


Sejarah
Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.


Binaan Bangunan
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.

Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Zahir"
Kategori: Masjid di Kedah

MASJID YANG TERBESAR DI MALAYSIA ( ANTARA YANG TERINDAH DI DUNIA )






Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Negeri Selangor


Daerah :Shah Alam
Imam :Othman Hamzah
Alamat :Persiaran Masjid, Seksyen 14, Shah Alam

Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah.

Sebagai ketua agama Islam Negeri Selangor, baginda telah mengikuti tradisi yang diamalkan oleh pemimpin besar, Nabi Muhammad s.a.w. dengan membina sebuah masjid yang tidak ada tolok bandingnya di merata dunia.

Masjid ini adalah masjid terbesar kedua di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.

Isi kandungan
1 Ilham Diraja
• 2 Lokasi
• 3 Titik Pembinaan
• 4 Sumbangan Sultan Salahuddin
• 5 Keistimewaan
• 6 Sistem bunyi
• 7 Dewan Sembahyang
• 8 Mehrab
• 9 Mimbar
• 10 Pintu masuk
• 11 Mula digunakan
• 12 Fakta Tambahan

Ilham Diraja

Ilham untuk mengfadakan sebuah masjid seindah apa yang dilihat hari ini bermula apabila Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan selepas Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1974 mengikut Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.
Penyerahan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri sebuah negara membangun yang giat mengisi kemerdekaan ialah satu-satunya pengiktirafan kepada Kerajaan Selangor yang diketuai oleh Baginda.

Lokasi

Masjid Negeri yang baru terletak di bahagian utara tebing Tasik Shah Alam. Ia terletak di satu kawasan yang lebih tinggi daripada kawasan bandar, kawasan yang paling sesuai bagi sebuah bangunan penting dan penuh makna seperti masjid negeri. Sultan Salahuddin menitahkan masjid baru dibina untuk memuatkan kira-kira 20,000 jemaah, sejajar dengan ramalan perkembangan penduduk di Shah Alam iaitu kira-kira 250,000 orang menjelang tahun 2000.Sultan Salahuddin juga bertitah bahawa rekabentuk dan seni binanya adalah tradisional. Bangunan masjid akan menjadi tanda mercu di pusat bandar itu.

Titik Pembinaan

Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 12 tahun. Pada asalnya projek ini dibina atas arahan Sultan Salahuddin melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) pada awal tahun 1975. Tahun 1977, Jurubina Bertiga Arkitek diketuai oleh Dato' Baharuddin Abu Kassim, sebuah firma tempatan diberi kepercayaan dan tugas membuat penyelidikan yang menyeluruh mengenai jenis-jenis dan rekabentuk masjid sebelum keputusan mengenai rekabentuk sekarang dibuat. Beliau telah mengunjungi beberapa negara Islam untuk melihat dengan lebih dekat rekabentuk masjid yang ada di negara-negara berkenaan.
Jurubina Bertiga Internasional Sdn Bhd berjaya menghasilkan satu reka bentuk yang unik, tidak menyentuh mana-mana pihak dan boleh diterima oleh masyarakat Melayu. Struktur masjid ini kombinasi seni rekabina tradisional Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu asli.

Pembinaan masjid RM160 juta di atas tapak seluas 35 ekat ini bermula pada 1 Oktober 1983. Pelbagai firma dan pakar juga terlibat dalam pembinaannya. Mereka termasuklah:
• Tahir Wong & Partners
• Brian Moorhead & Partners, Manchester
• Pakatan Internasional Malaysia
• Bina Goodyear Bhd, Malaysia
• Satrick Corporation (Korea)
• Baco Contract Ltd
• Maju Tenko Sdn Bhd
• O'Connor's (Malaysia) Sdn Bhd
• Cahaya Letrik Kompeni

Sumbangan Sultan Salahuddin

Sultan Salahuddin telah menyumbang idea dan pandangan. Selain itu menyumbang 4 lampu candeliar berharga lebih RM2 juta untuk masjid ini. Lampu ini ditempatkan di pintu masuk utama. Lampu ini direka sendiri oleh Sultan Salahuddin.Sultan Salahuddin juga menghadiahkan jam antik berumur 600 tahun bernilai RM200,000 yang dibeli di Hong Kong. Sultan juga menyumbang elaun baginda selama 4 bulan kpada masjid negeri ini.

Keistimewaan

Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Pembinaan masjid menggunakan teknologi terbaru. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah agama yang terbesar pernah dibina sehingga kini. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak akan karat dan tahan beratus tahun.

Bahan aluminium berukuran 35 kaki tinggi disaluti dengan emas. Kubah dalam dan luar terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu.

Tulisan khat adalah hasil kerja penulis khat Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat.

Sistem bunyi

Sistem bunyi terbaik ini dipasang oleh pakar bunyi terkemuka, Bolt - Beranek dan Newman dari New York. Rank O'Connor's pula menyempurnakan masalah bunyi gema yang selalu dihadapi oleh kebanyakan bangunan yang mempunyai kubah besar.

Dewan Sembahyang

Dewan Sembahyang utama seluas 73,000 kaki persegi ditutupi oleh satu kubah besar yang didokong oleh lapan tiang berbentuk empat persegi. Kubah itu mempunyai garis pusat 170 kaki dan 180 kaki tinggi. Setiap tiang mempunyai tangga dan dilengkapi lif.
Dewan Sembahyang Utama dibentuk dalam dua peringkat. Tingkat atas untuk wanita. Semua lantai disaluti permaidani yang diperbuat daripada benang bulu bercorak geometrik berlatar belakang warna biru. Tiang dan dinding disaluti oleh batu marmar putih Mahsuri dari Langkawi. Keseluruhan ruang sembahyang seluas 162,000 kaki persegi.

Mehrab

Dinding Mehrab disaluti batu marmar diimport menggunakan batu marmar antik Turki. dihiasi dengan ayat-ayat al Quran di dalam bentuk tradisional.

Mimbar

Mimbar masjid dibuat oleh pengukir tempatan mengikut corak masjid-masjid lama di Malaysia. Berukuran 7 kaki tinggi. Pelantarnya 5 kaki persegi , berdiri di atas empat tiang dan berbumbung batu marmar putih Mahsuri setinggi 30 kaki. Dihiasi dengan bintang dan bulan sabit emas di atasnya.

Cermin dinding dihiasi dengan gril yang tinggi diperbuat daripada kayu berukir setinggi 7 kaki.

Pintu masuk

Ada tiga pintu masuk. Pintu masuk utama menghadap pusat bandar Shah Alam. Dihiasi dengan pancutan air setinggi 70 kaki. Pintu masuk Diraja terletak di sebelah kanan.
Paip air untuk berwuduk paling moden telah dipasang. Pengunjung hanya perlu menyuakan tangan dan air akan keluar sendiri dan berhenti juga sendiri. Sebuah janakuasa tunggu sedia diadakan semasa ketiadaan bekalan elektrik.
Dengan siapnya masjid ini, rakyat Selangor tidak lagi terkilan. Impian Sultan Selangor menjadi kenyataan.

Mula digunakan

Masjid Negeri ini mula digunakan pada hari Khamis 3 Disember 1987. Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom telah memulakan bacaan khutbah Jumaat ketika menunaikan sembahyang Jumaat yang pertama. Imam pertama masjid ini ialah Tuan Haji Aluwi bin Parman. Bilal pertama ialah Tuan Haji Syafie bin Khati.

Fakta Tambahan

1. Masjid terbesar kedua di Asia Tenggara
2. Kubah masjid yang terbesar di dunia
3. Menara tertinggi kedua di dunia
4. Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa
5. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'.
6. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.
7. Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid
8. Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong.
9.Baginda Sultan menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.
10. Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.

MASJID MASJID DI MALAYSIA

Masjid Negara

The Masjid Negara is the national mosque of Malaysia, located in Kuala Lumpur. It has a capacity of 15,000 people and is situated among 13 acres of beautiful gardens. The original structure was designed by a three-person team from the Public Works Department - UK architect Howard Ashley, and Malaysians Hisham Albakri and Baharuddin Kassim.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...